WALAUPUN BEROPERASI DALAM KEKANGAN DANA, MADRASAH INI BERJAYA MENGHANTAR HAFIZAH SAMBUNG BELAJAR DI YEMEN. KINI USAHA TERSEBUT MAKIN SUKAR DITERUSKAN

Alhamdulillah anak-anak hafizah di sini pernah mencatatkan rekod pencapaian hafazan yang sangat cemerlang apabila berjaya melengkapkan Syahadah 30 juzuk hasil disiplin serta bimbingan para ustazah.
Kehebatan anak-anak ini tidak terhenti di situ sahaja. Dengan izin Allah, sebahagian daripada anak hafizah cemerlang ini berjaya melangkah menyambung pengajian ke Bumi Para Wali di Yemen demi mendalami ilmu agama ke peringkat tertinggi. Selepas menempa kejayaan di sana, graduan hafizah ini tidak pernah melupakan tanah tumpah ilmu mereka. Mereka kembali semula berbakti menjadi guru di madrasah ini untuk mendidik adik-adik demi melahirkan lebih ramai generasi Al-Quran seterusnya. Kesemua pencapaian ini menjadi bukti yang sangat jelas bahawa walau dalam serba kekurangan, madrasah ini tetap terbukti cemerlang dalam mendidik dan melahirkan modal insan berprestasi tinggi.
Namun, Untuk Meneruskan Perjuangan Ini...
Kami Berdepan Ujian Kewangan Yang Kritikal
Setiap kejayaan melahirkan hafizah cemerlang memerlukan usaha yang gigih dan kos operasi harian yang berterusan. Malang sekali, kelangsungan ini kini diuji berat disebabkan beberapa krisis utama:
Sebahagian Besar Pelajar Adalah Anak Yatim & Asnaf
-Mereka datang dari latar belakang keluarga miskin dan tidak mampu membayar yuran pengajian harian
Penaja Tarik Diri
- Satu demi satu pihak yang dahulunya menaja anak-anak asnaf ini terpaksa menarik diri atas kekangan ekonomi masing-masing.
Kenaikan Kos Bahan Mentah & Barang Dapur
- Harga beras, lauk-pauk, dan bahan makanan mentah semakin mahal. Yuran yang rendah disini tidak dapat lagi menampung kos makan minum mereka lagi.

Pihak madrasah sebenarnya dah lama tidak meminta atau menerima bantuan luar kerana sentiasa cuba ikhtiar sendiri untuk menyelesaikan krisis ini. Ustaz dan pengurusan berusaha memusingkan dana harian sehabis mampu.
Namun, realiti hari ini makin menghimpit. Usaha sendiri tidak lagi mencukupi untuk menampung kos sara hidup harian anak-anak di sini.
Disebabkan krisis kekurangan dana harian ini, ia menjadi cabaran yang sangat besar dan kritikal untuk madrasah melahirkan lebih ramai hafizah cemerlang.
Disebabkan itu, kami memohon ihsan dan infaq daripada Tuan/Puan bagi menaja makan minum harian pelajar di madrasah ini.

Di Madrasah Syamsul Iman, anak-anak ini meluangkan seluruh masa mereka untuk menghafal Quran, menuntut ilmu, dan membina sahsiah. Perjalanan mulia ini tidak mampu dipikul oleh pihak madrasah sahaja, sebaliknya ia adalah tanggungjawab dan peluang kebaikan bersama untuk kita semua.
Mungkin kita bukan guru yang mengajar mereka, dan mungkin kita bukan ibu bapa mereka. Namun dengan sedikit ihsan yang Allah gerakkan dalam hati kita hari ini, kita mampu menjadi jawapan kepada doa-doa mereka.
Setiap sumbangan yang tuan/puan hulurkan akan disalurkan terus bagi menampung kos makan minum serta keperluan harian anak-anak tahfiz di sini. Rezeki yang disumbangkan ini bakal menjadi darah daging yang memberi tenaga untuk mereka beribadah, mengaji, dan menghafal Al-Quran setiap hari.
SEDEKAH JARIAH YANG TUAN PUAN SUMBANGKAN INSYAALLAH
MENJADI RIMBUNAN PAHALA YANG BERPANJANGAN
Bantu Mereka Menjadi Pelajar Tahfiz Quran Yang Berjaya !!
TAJA 10 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM150
TAJA 5 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM75
TAJA 2 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM30
TAJA 1 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM15
Asbab tajaan Tuan/Puan dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.
MAAHAD TAHFIZ SYAMSUL IMAN
CIMB
8605 201 831
LOKASI KAMI :
Maahad Tahfiz Syamsul Iman
Lot 133431,Jalan Lombong Besi 3,
Kg Lombong Sek 29,Shah Alam
Maklumat tambahan:
1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.
2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60142213901 (Pengerusi Surau Ustaz Muhammad)