KAMI HARAP SANGAT TAK ADA PELAJAR YANG TERINGIN NAK MAKAN SEDAP-SEDAP SEBAB DANA MAKAN MINUM PELAJAR TIDAK CUKUP BULAN NI. HANYA DAPAT SEDIAKAN APA YANG ADA JE

Pihak madrasah sebenarnya dah lama tidak meminta atau menerima bantuan luar kerana sentiasa cuba ikhtiar sendiri untuk menyelesaikan krisis ini. Ustaz dan pengurusan berusaha memusingkan dana harian sehabis mampu.


Namun, realiti hari ini makin menghimpit. Usaha sendiri tidak lagi mencukupi untuk menampung kos sara hidup harian anak-anak di sini.


Disebabkan krisis kekurangan dana harian ini, ia menjadi cabaran yang sangat besar dan kritikal untuk madrasah melahirkan lebih ramai hafizah cemerlang.


Disebabkan itu, kami memohon ihsan dan infaq daripada Tuan/Puan bagi menaja makan minum harian pelajar di madrasah ini.



Pada masa ini, Maahad Tahfiz Syamsul Iman di Kg Lombong,Klang menampung seramai 30 orang pelajar, diiringi oleh 5 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beratus pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa kurang daripada 3 tahun sahaja! Ada juga yang berjaya melanjutkan pelajaran di dalam bidang Akademi MashaAllah.

Hanya 20% di antara mereka yang mampu untuk membayar yuran. Selebihnya, terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang tidak berkemampuan.Walaupun tidak mampu membayar yuran, kami tetap berusaha untuk mencari solusinya. Dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup ketika ini, pihak madrasah mengalami juga tempiasnya,dimana kami mengalami kekurangan dana untuk pelajar kami lebih-lebih lagi untuk makan minum mereka.

Mungkin kita bukan guru yang mengajar mereka, dan mungkin kita bukan ibu bapa mereka. Namun dengan sedikit ihsan yang Allah gerakkan dalam hati kita hari ini, kita mampu menjadi jawapan kepada doa-doa mereka.

Setiap sumbangan yang tuan/puan hulurkan akan disalurkan terus bagi menampung kos makan minum serta keperluan harian anak-anak tahfiz di sini. Rezeki yang disumbangkan ini bakal menjadi darah daging yang memberi tenaga untuk mereka beribadah, mengaji, dan menghafal Al-Quran setiap hari.

                                                        SURAT PENDAFTARAN MADRASAH 


Kami Madrasah Syamsul Iman terletak di Lot 133431, Jalan Lombong Besi 3, Kampung Lombong, Seksyen 29, 40460 Shah Alam, Selangor. Jemput ziarah kami disini. 



SEDEKAH JARIAH YANG TUAN PUAN SUMBANGKAN INSYAALLAH

MENJADI RIMBUNAN PAHALA YANG BERPANJANGAN


Bantu Mereka Menjadi Pelajar Tahfiz Quran Yang Berjaya !!

TAJA 10 x PELAJAR YATIM & ASNAF – RM150

TAJA 5 X PELAJAR YATIM & ASNAF – RM75

TAJA 2 X PELAJAR YATIM & ASNAF – RM30

TAJA 1 X PELAJAR YATIM & ASNAF – RM15

Asbab tajaan Tuan/Puan dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.

MAAHAD TAHFIZ SYAMSUL IMAN

CIMB

8605 201 831

LOKASI KAMI :

Maahad Tahfiz Syamsul Iman

Lot 133431,Jalan Lombong Besi 3,

Kg Lombong Sek 29,Shah Alam


Maklumat tambahan:

1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada  kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60142213901 (Pengerusi Surau Ustaz Muhammad)



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TAJA SEMUA x PELAJAR YATIM & ASNAF – RM350
TAJA 10 x PELAJAR YATIM & ASNAF – RM150
TAJA 5 x PELAJAR YATIM & ASNAF – RM75
TAJA 2 x PELAJAR YATIM & ASNAF – RM30
TAJA 1 x PELAJAR YATIM & ASNAF – RM15
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN