KAMI MEMERLUKAN INFAQ BERAS DEMI SEMPURNAKAN MAKAN MINUM PELAJAR TAHFIZ DISINI


 
Ini sahaja beras yang tinggal untuk pelajar makan dikala kami kekurangan dana ini

Madrasah kami sedang melalui fasa yang agak mencabar ketika ini. Dari luar, bangunan ini memang nampak tersergam indah sebagai tempat berteduh anak-anak syurga menimba ilmu. Namun, realiti di belakang tabir dapur amat berbeza. Kutipan yuran bulanan sebenarnya sekadar 'cukup-cukup makan' untuk menutup kos asas operasi seperti sewa tapak, bil utiliti, dan sedikit saguhati buat ustaz-ustaz yang mengajar. Itu pun hakikatnya, hampir separuh daripada anak-anak di sini terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim, dan keluarga B40 yang tidak mampu membayar yuran secara penuh. Mana mungkin kami tergamak menghentikan impian mereka untuk menghafal Al-Quran hanya disebabkan kekangan kewangan keluarga.

Ditambah pula dengan keadaan semasa di mana harga barang mentah dan beras semakin mahal, ruangan dapur kami menjadi bahagian yang paling terkesan. Menyediakan hidangan lengkap tiga kali sehari untuk puluhan perut anak-anak tahfiz ini bukan lagi tugas yang mudah buat pihak pengurusan. Ada hari-harinya, bekalan beras mula berkurang dan ustaz-ustaz di sini terpaksa memikirkan bagaimana nak pastikan periuk nasi di dapur terus berasap untuk esok hari. Bangunan yang indah ini mungkin tempat mereka berlindung daripada hujan dan panas, tetapi dinding bangunan tidak mampu mengenyangkan perut anak-anak yang sedang dahagakan ilmu ini.



Pihak madrasah sebenarnya dah lama tidak meminta atau menerima bantuan luar kerana sentiasa cuba ikhtiar sendiri untuk menyelesaikan krisis ini. Ustaz dan pengurusan berusaha memusingkan dana harian sehabis mampu.


Namun, realiti hari ini makin menghimpit. Usaha sendiri tidak lagi mencukupi untuk menampung kos sara hidup harian anak-anak di sini.


Disebabkan krisis kekurangan dana harian ini, ia menjadi cabaran yang sangat besar dan kritikal untuk madrasah melahirkan lebih ramai hafizah cemerlang.


Disebabkan itu, kami memohon ihsan dan infaq beras daripada Tuan/Puan untuk pelajar di madrasah ini.

Maahad Tahfiz Syamsul Iman merupakan sebuah institusi pengajian Al-Quran yang telah beroperasi selama 14 tahun. Buat masa ini, kami menempatkan seramai 20 orang pelajar yang sedang gigih berjuang menghafal 30 juzuk Al-Quran.

Di antara 20 pelajar ini, terdapat 5 orang pelajar daripada golongan asnaf dan anak yatim yang kurang berkemampuan. Demi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam menuntut ilmu, pihak madrasah memberikan kelonggaran penuh di mana mereka dibebaskan daripada sebarang yuran pengajian (percuma). Mereka hanya menanggung kos makan minum harian mengikut kadar kemampuan keluarga yang sangat terhad.

Bagi para penderma yang ingin menziarahi atau menghantar sumbangan secara terus, anda boleh berkunjung ke alamat kami: Maahad Tahfiz Syamsul Iman Lot 133431, Jalan Lombong Besi 3, Kg Lombong, Seksyen 29, 40460 Shah Alam, Selangor.


SEDEKAH JARIAH YANG TUAN PUAN SUMBANGKAN INSYAALLAH

MENJADI RIMBUNAN PAHALA YANG BERPANJANGAN


Bantu Mereka Menjadi Pelajar Tahfiz Quran Yang Berjaya !!

INFAQ BERAS SEBULAN MAKAN - RM 1,000

INFAQ BERAS MAKAN 2 MINGGU - RM 500

INFAQ BERAS MAKAN 1 MINGGU - RM 200

INFAQ BERAS 10KG X1 – RM40

INFAQ BERAS 5KG X1 – RM20

INFAQ SEIKHLAS HATI

Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.


MAAHAD TAHFIZ SYAMSUL IMAN

CIMB

8605 201 831

Maahad Tahfiz Syamsul Iman | Lot 133431,Jln Lombong Besi 3,Kg Lombong Sek 29,Shah Alam | 0142213901 Ustaz Muhammad (Pengerusi)

LOKASI KAMI :

Maahad Tahfiz Syamsul Iman

Lot 133431,Jalan Lombong Besi 3,

Kg Lombong Sek 29,Shah Alam


Maklumat tambahan:

1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada  kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60142213901 (Pengerusi Surau Ustaz Muhammad)



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
INFAQ BERAS SEBULAN MAKAN - RM 1,000
INFAQ BERAS MAKAN 2 MINGGU - RM 500
INFAQ BERAS MAKAN 1 MINGGU - RM 200
INFAQ BERAS 10KG X1 – RM40
INFAQ BERAS 5KG X1 – RM20
INFAK SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN