BUKAN SEMUA ORANG DIPILIH UNTUK MENGHAFAL AL-QURAN, TETAPI ALLAH SENTIASA MEMBUKA PELUANG UNTUK KITA MEMBANTU MEREKA YANG SEDANG MENGHAFALNYA


Melahirkan generasi Al-Quran memerlukan komitmen yang berterusan. Selain menyediakan pendidikan dan bimbingan yang berkualiti, pihak madrasah juga perlu memastikan segala keperluan harian para pelajar dapat dipenuhi dengan baik.

Seiring dengan peningkatan kos sara hidup, cabaran untuk mengekalkan mutu kebajikan dan pengurusan madrasah turut bertambah. Namun, pihak madrasah tetap komited untuk tidak menjadikan keadaan ini sebagai alasan mengurangkan peluang pendidikan, khususnya kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan asnaf.

Hari ini, ramai orang berlumba mencari keuntungan yang boleh dilihat di dunia. Tetapi sebagai orang Islam, kita juga percaya ada satu keuntungan yang nilainya jauh lebih besar keuntungan yang akan menemani kita walaupun selepas kita tiada. Antaranya ialah membantu mereka yang sedang membawa kalam Allah di dalam dada.


Di Madrasah Syamsul Iman, para pelajar menghabiskan hari-hari mereka dengan menghafaz Al-Quran, menuntut ilmu dan membina akhlak sebagai generasi pewaris agama. Perjalanan ini tidak mampu diteruskan hanya dengan semangat. Ia memerlukan sokongan daripada masyarakat yang percaya bahawa melahirkan generasi Al-Quran adalah tanggungjawab bersama.

Mungkin kita bukan guru yang mengajar. Mungkin kita bukan ibu bapa kepada mereka. Tetapi dengan izin Allah, kita masih boleh menjadi insan yang membantu mereka terus melangkah.

Setiap infaq yang dihulurkan membantu memenuhi keperluan para pelajar agar mereka dapat meneruskan hafazan dan pengajian dengan lebih selesa.

Jadi, ayuh, berkongsi rezeki untuk membantu anak-anak tahfiz di sini mendapat makanan yang baik dan suasana belajar yang selesa. Hasil daripada rezeki tuan puan kongsi inilah yang akan membantu mereka untuk meneruskan hafalan serta pembelajaran mereka di madrasah ini. Makanan dan keperluan ini juga yang akan menjadi darah daging para hafiz dan hafizah di sini dan akan digunakan buat beribadah serta menyampaikan dakwah kepada masyarakat.


SEDEKAH JARIAH YANG TUAN PUAN SUMBANGKAN INSYAALLAH

MENJADI RIMBUNAN PAHALA YANG BERPANJANGAN


Bantu Mereka Menjadi Pelajar Hafizah Quran Yang Berjaya !!

TAJA 10 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM150

TAJA 5 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM75

TAJA 2 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM30

TAJA 1 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM15

Asbab tajaan Tuan/Puan dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.

MAAHAD TAHFIZ SYAMSUL IMAN

CIMB

8605 201 831

LOKASI KAMI :

Maahad Tahfiz Syamsul Iman

Lot 133431,Jalan Lombong Besi 3,

Kg Lombong Sek 29,Shah Alam


Maklumat tambahan:

1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada  kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60142213901 (Pengerusi Surau Ustaz Muhammad)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TAJA 10 X PELAJAR MAKAN MINUM - RM 150
TAJA 5 X PELAJAR MAKAN MINUM - RM 75
TAJA 2 X PELAJAR MAKAN MINUM - RM 30
TAJA 1 X PELAJAR MAKAN MINUM - RM 15
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN