TAJAAN BERBUKA PUASA UNTUK PELAJAR MAAHAD TAHFIZ SYAMSUL IMAN


Adakala kami berbuka berkongsi 5 orang dengan mee goreng 

Nabi bersabda,


“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya

pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) 

Bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini,lebih istimewanya , apabila makanan yang kita berikan ini sampai kepada penuntut-penuntut ilmu,anak yatim asnaf yang setiap harinya diisi dengan mengulang-ulang serta menghafaz kalam-kalam Allah.Belanjalah mereka berbuka puasa semampu kita.Seorang, dua orang dan seramai mungkin kerana setiap ringgit itu, pasti dan pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Pada masa ini, Maahad Tahfiz Syamsul Iman,yang terletak di Kg Lombong,Jalan Kebun Klang menampung seramai 40 orang pelajar, diiringi oleh 5 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beberapa pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa 8 bulan sahaja! Mashallah

Keadaan ekonomi yang tidak stabil sangat memberi impak kepada kepada kami untuk terus bertahan dalam melahirkan pelajar tahfiz al quran termasuklah kami di Maahad Tahfiz Syamsul Iman yang turut terkena tempias dengan kenaikan harga barang yang begitu mendadak. Dengan berlakunya masalah ini telah membuatkan kami dalam keadaan dilema samada ingin menaikkan harga yuran pelajar. Hal ini kerana, ada diantara pelajar dari kalangan tidak berkemampuan & asnaf kami taja sepenuhnya dengan harapan dapat melihat mereka turut berjaya menggapai impian untuk menjadi tahfiz Al Quran yang berjaya. Bukan itu sahaja, ada juga di kalangan ibu bapa membuat penangguhan pembayaran yuran anak-anak mereka sehingga hari ini (2024). Dengan keadaan ekonomi sekarang, sedikit sukar untuk kami menyediakan keperluan pelajar disini tambahan pula di bulan Ramadhan ini.



BERSAMA, MARI KITA TAJA INFAK BERBUKA PUASA

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:

TAJAAN IFTAR RAMADHAN 30 x PELAJAR- RM350

TAJAAN IFTAR RAMADHAN 10 x PELAJAR – RM150

TAJAAN IFTAR RAMADHAN 5 X PELAJAR – RM75

TAJAAN IFTAR RAMADHAN 2 X PELAJAR – RM30

TAJAAN IFTAR RAMADHAN 1 X PELAJAR – RM15

Asbab tajaan Tuan/Puan pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.

MAAHAD TAHFIZ SYAMSUL IMAN

CIMB

8605 201 831

LOKASI KAMI :

Maahad Tahfiz Syamsul Iman

Lot 133431,Jalan Lombong Besi 3,

Kg Lombong Sek 29,Shah Alam


Maklumat tambahan:

1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada  kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60142213901 (Pengerusi Surau Ustaz Muhammad)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TAJAAN INFAK RAMADHAN 30 x PELAJAR – RM350
TAJAAN INFAK RAMADHAN 10 x PELAJAR – RM150
TAJAAN INFAK RAMADHAN 5 x PELAJAR – RM75
TAJAAN INFAK RAMADHAN 2 x PELAJAR – RM30
TAJAAN INFAK RAMADHAN 1 x PELAJAR – RM15
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN